Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lisa Surihani duta baru UNICEF
Diterbitkan:  Feb 15, 2017 3:07 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Pelakon Lisa Surihani diberi tanggungjawab menggalas peranan sebagai duta baru Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Malaysia.

Pemilihan itu sekali gus meletakkannya sebaris dengan selebriti dan tokoh terkenal antarabangsa.

“Dengan peranan ini, Lisa akan menyertai barisan duta-duta antarabangsa seperti (pemain bola sepak) David Beckham, (penyanyi) Katy Perry, (pelakon) Amitabh Bachchan dan ramai lagi,” menurut kenyataan UNICEF

Kebiasaannya, Duta UNICEF dipilih berdasarkan dedikasi dan komitmen dipamerkan oleh artis berkenaan terhadap hak kanak-kanak.

UNICEF menggalakkan hak dan kesejahteraan setiap kanak-kanak.

Setakat ini UNICEF sudah menjalinkan kerjasama antara 190 buah negara.

Lisa Surihani akan diperkenalkan dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada Selasa minggu depan.

Lihat Komen
ADS