Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
'Insiden penampar bukti budaya bodek menjadi-jadi'

Insiden kekasaran di depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi memalukan seluruh negara, kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Mujahid Yusof Rawa.

“Budaya bodek sudah semakin menjadi-jadi dan hanya membuktikan kesetiaan golongan artis kepada PM,” kata Mujahid.

“Inilah budaya TN50 (Transformasi Nasional 2050) yang akan merosakkan masa depan politik Malaysia?

Dalam insiden malam tadi, pengarah filem David Teo dikasari di depan Najib semasa sesi dialog TN50 berkaitan industri seni di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Ia bermula apabila Teo mempertikaikan pengendalian pengacara majlis Rosyam Nor yang didakwa tidak memberi peluang sama rata kepada hadirin untuk memberi pandangan.

Tidak puas hati dengan tindakan itu yang didakwa “tidak beradab”, rakan artisnya Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over melulu ke pentas dan cuba menamparnya.

Berlaku pergelutan seketika sebelum dileraikan. Najib bagaimanapun tenang ketika kejadian.

Melalui WhatsApp dalam reaksi segeranya susulan insiden itu, Mujahid berkata golongan artis tidak harus dicemari dengan budaya bodek atau diracuni dengan amalan perkauman.

Beliau juga kesal penyebaran rakaman video kejadian yang kini viral yang cuba dikaitkan dengan unsur-unsur perkauman hanya kerana mangsanya Cina dan penyerangnya Melayu.

“Mesej daripada insiden penampar ini jelas, budaya bodek boleh rosakkan imej PM,” kata Mujahid.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS