Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Chris Cornell meninggal dunia
Diterbitkan:  May 18, 2017 9:16 PM
Dikemaskini: May 22, 2017 6:02 AM

Pemuzik untuk band Soundgarden dan Audioslave, Chris Cornell, yang mencipta lagu tema filem James Bond, meninggal dunia pada Rabu malam di Detroit, Amerika Syarikat, menurut wakilnya.

Beliau meninggal dunia pada usia 52 tahun.

Dalam kenyataan kepada The Associated Press, Brian Bumbery berkata kematian “tiba-tiba dan tidak dijangkakan itu” membuatkan isteri dan anggota keluarganya terkejut.

Sebab kematian sedang diteliti tetapi keluarga mahu merahsiakannya atas alasan privasi.

Jurucakap polis tempatan Michael Woody berkata Cornell ditemui mati terbaring di atas lantai bilik air.

Polis juga sedang menyiasat kemungkinan kematian pemain gitar utama itu sebagai kes bunuh diri, lapor The Telegraph.

Beberapa jam sebelum kematian, beliau sempat membuat persembahan bersama Soundgarden.

 

Lihat Komen
ADS