Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penganjur: Insiden penampar tak jejas matlamat dialog
Diterbitkan:  May 19, 2017 12:25 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Insiden kekasaran dalam dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) segmen seni tidak menjejaskan tujuan utama penganjurannya, kata Yayasan Perdana Ummah.

Apa yang lebih penting, kata penganjur, denyut nadi dan pandangan karyawan telah mendapat perhatian perdana menteri, kata pengerusi yayasan itu Datuk Rizal Mansor.

Idea-idea yang disampaikan, katanya lagi, akan dipertimbang secara menyeluruh dalam merangka pelan TN50.

“Harapan kami agar isu berkenaan tidak lagi dipanjangkan dan kesemua pihak berlapang dada kerana kedua-dua pihak telah memohon maaf dan tidak berniat untuk menunjukkan rasa tidak hormat kepada PM,” katanya.

Yayasan Perdana Ummah menganjurkan perbincangan itu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kerjasama Pejabat Penasihat Perdana Menteri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Dalam insiden malam kelmarin, pengarah filem David Teo dikasari di depan Najib semasa sesi dialog di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Ia bermula apabila Teo mempertikaikan pengendalian pengacara majlis Rosyam Nor yang didakwa tidak memberi peluang sama rata kepada hadirin untuk memberi pandangan.

Tidak puas hati dengan tindakan itu yang didakwa “tidak beradab”, rakan artisnya Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over melulu ke pentas dan cuba menamparnya.

Berlaku pergelutan seketika sebelum dileraikan.

Lihat Komen
ADS