Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Saharul Ridzwan bersyukur dikurniakan bayi lelaki
Diterbitkan:  Jun 6, 2017 5:51 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Tiada perkataan selain ucapan kesyukuran yang mampu dilafazkan pelakon Saharul Ridzwan selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata mereka hari ini.

Saharul berkongsi kegembiraan itu di Instagram miliknya yang memiliki pengikut seramai 2.3 juta pada kira-kira pukul 5 petang.

Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun itu tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai kelahiran bayi sulungnya itu.

"Syukur. Tidak payah kapsyen panjang buat masa sekarang ini. Saya nak layan momen paling gembira ini dulu.

"Terima kasih semua, baby boy baba dah panggil dah," tulisnya pada Instagram.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 28 berkahwin dengan isterinya Deena Amir atau nama panjangnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir setahun yang lalu.

Terdahulu, pelakon Seindah Takdir Cinta itu memberitahu di Instagram bahawa isterinya bakal melahirkan cahaya mata.

Saharul turut bergambar di atas katil hospital dengan kapsyen: "Lain rupanya bila dah lalui sendiri jika nak dibandingkan dalam cerita. Sabar. Tenang. InShaaAllah." 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS