Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Nonny AF pernah tidur bawah jambatan
Diterbitkan:  Jun 15, 2017 2:57 PM
Dikemaskini: 7:17 AM

Ketika mencuba nasib sebagai peserta Akademi Fantasia tidak lama dahulu, Nonny Nadirah awal-awal lagi telah menetapkan niat untuk mengubah nasib keluarganya ketika menyertai program berkenaan.

Menceritakan pengalaman pahit dan kesusahan yang pernah ditempuhi bersama keluarga, Nonny berkata dia memiliki adik beradik yang ramai, manakala ibu bapanya sudah lama bercerai.

“Pernah suatu ketika kami semua tidur di bawah jambatan, di balai raya, rumah jiran asalkan ada tempat berteduh kerana tiada rumah. Makan pun bercatu," cerita anak kelima daripada sembilan orang adik beradik ini.

Menurut Nonny, 28 kenangan itulah yang berjaya membuatkannya bertahan sehingga ke hari ini.

"Bukan nak bangga, sekurang-kurangnya (kini) cukup duit menampung keluarga," ujarnya sambil mengekang air mata daripada mengalir.

Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Nonny yang merupakan peserta AF5 kini berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan mula dikenali menerusi watak-watak jahat dilakonkannya.

Sejak itu rezekinya dalam bidang lakonan semakin bertambah berbanding ketika bergelar penyanyi.

Hampir 11 tahun berada dalam industri, si cantik yang mempunyai raut wajah persis artis Korea itu akur dengan rezeki ditetapkan Allah.

“Ikutkan hati memang saya lebih minat menyanyi berbanding lakonan. Sebab itulah saya sertai AF5 untuk tonjolkan bakat nyanyian yang ada. Dari kecil lagi saya aktif menyanyi di kampung halaman," katanya seperti dilapor Utusan.com.

Nonny berkata, selepas keluar dari AF5, dia berpeluang mengetengahkan bakat di bawah pengurusan Astro, namun ia hanya dapat bertahan seketika kerana persaingan kuat ketika itu.

“Lama kelamaan, tawaran semakin kurang dan saya sedar perlu ada strategi lain untuk bertahan lama dalam dunia seni. Jujurnya, saya bukan mencari glamor tetapi demi cinta dan minat mendalam terhadap bidang seni,” katanya.

Tidak mudah mengaku kalah dan mengenang semula kepertitan yang pernah dilalui, Nonny cuba bangkit semula kerana tidak mahu karier menjadi sia-sia begitu sahaja.

“Justeru saya kuatkan semangat, cuba mengintai peluang berlakon daripada terlalu bergantung kepada nyanyian. Saya kena lakukan sesuatu untuk mencari rezeki menyara keluarga," ujar Nonny.

Selain berlakon, Nonny sebenarnya masih menyimpan hasrat untuk mengeluarkan single terbaru.

Menjangkakan akan tampil dengan produk baru selepas raya, dia berharap laluannya dipermudah kerana begitu meminati bidang nyanyian.

Lihat Komen
ADS