Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Tak bayar sebab langgar kontrak'
Diterbitkan:  Jul 5, 2017 4:27 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Syarikat Saphire Screen Sdn Bhd mempersoalkan kewajaran seorang pengurus produksi menuntut sejumlah bayaran bagi tiga drama dihasilkannya.

Penerbit Hasniza Nordin, 42, turut menolak tuntutan Raja Mohammed Raja Ismail - yang kini sedang terlantar di hospital akibat kanser kulit tahap empat - kerana mendakwa terdapat pelanggaran kontrak.

"Bayaran penuh bagi dua buah drama iaitu Mr. Boss Miss Stalker dan Mukhlis sudah lama diselesaikan tanpa sebarang pertikaian.

"Namun, RM12,300 iaitu 40 peratus bayaran akhir bagi drama Biar Aku Jadi Penunggu tidak dilakukan selepas mendapati terdapat pelanggaran kontrak serius antara kami.

"Bagaimanapun, saya enggan menjelaskan secara terperinci mengenai masalah berkenaan memandangkan keadaannya yang sedang sakit," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir adalah peguam Mohd. Faiz Iskandar Hamzah dan suami Adam Salim, 62.

Sebuah akhbar sebelum ini menyiarkan Raja Mohammed menuntut Saphire Screen menyelesaikan tunggakan bayaran sebanyak RM27,431 ketika dia berkhidmat sebagai pengurus produksi untuk tiga drama terbitan syarikat terbabit.

Bayaran berkenaan adalah bagi drama Mr Boss Miss Stalker, Mukhlis dan Biar Aku Jadi Penunggu yang sudah pun ditayangkan.

Sementara itu, Mohd. Faiz berkata, keengganan anak guamnya untuk membayar jumlah tersebut kerana terdapat keraguan dalam nilai tuntutan yang dibuat oleh Raja Mohammed.

"Nilai tuntutan sebanyak RM 27,431 adalah bayaran akhir termasuk kos perbelanjaan sepanjang penggambaran Biar Aku Jadi Penunggu.

"Bagaimanapun setelah meneliti jumlah tuntutan tersebut anak guam saya hanya bersetuju untuk membayar sebanyak RM9, 680.94 kerana baki selebihnya adalah jumlah yang diragui," katanya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS