Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Liyana Jasmay tak mahu muzik tempatan ketinggalan
Diterbitkan:  Jul 14, 2017 3:41 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Kebangkitan muzik era 1990-an menyebabkan segelintir penyanyi pada hari ini memilih untuk tampil dengan melodi itu kerana mendapat sambutan baik daripada pendengar.

Namun lain pula bagi pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay apabila dia melihat senario itu hanya merugikan selain akan menyebabkan industri muzik tempatan ketinggalan.

"Saya tahu cita rasa pendengar sekarang gemarkan muzik 80-an dan 90-an tetapi tanpa disedari kita telah ke belakang dan bukan sebaliknya," katanya yang adir dengan single terbarunya berjudul Oh Na Na awal tahun ini.

Liyana berkata, dia tidak mahu mengikut trend tersebut sebaliknya tampil dengan muzik semasa dan lebih bersifat urban.

"Oh Na Na memang urban walaupun ada merasakan ia tidak sesuai tetapi saya percaya dengan pilihan itu. Sebagai artis saya tidak mahu ke belakang, jika kita terus menerus dengan benda yang sudah berlalu sampai bila pun kita tidak akan maju," katanya kepada mStar Online.

Malah dia juga bersyukur, Oh Na Na mendapat perhatian pendengar dan rata-rata memberikan reaksi positif apabila lagu itu dilancarkan.

"Lagu Oh Na Na itu sebenarnya bukan cita rasa pendengar Melayu tetapi saya bersyukur orang sukakan lagu itu.

"Saya tahu lagu itu popular kerana setiap kali saya keluar orang akan panggil saya Oh Na Na," katanya.

Bagaimanapun kata Liyana, tidak salah mengembalikan muzik lama kerana ia sebenarnya adalah atas pilihan masing-masing.

Bercakap mengenai lakonan, Liyana berkata, dia rindu untuk kembali berlakon namun kekangan masa membuatkan dia terpaksa menolak banyak tawaran.

"Bukan apa selain memberi keutamaan kepada suami dan anak-anak, saya juga banyak perkara lain perlu diuruskan dan agak sukar untuk membahagikan masa," katanya.

Kata Liyana, syarikat produksinya, Mermaid Studios bakal melancarkan filem terbitan pertamanya yang berjudul Bella & Jamie yang dijangka ditayangkan di pawagam pada penghujung tahun ini.

Lihat Komen
ADS