Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
I am jadi ayam, Vida memang sengaja
Diterbitkan:  Jul 18, 2017 12:49 PM
Dikemaskini: 5:15 AM

I Am Me ke ayam mi? Itu antara persoalan netizen yang menonton klip video single pertama Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih manja dengan panggilan Vida sejak ia dilancarkan pada Jumaat lalu.

Kata Vida, bunyi 'ayam' bagi sebutan I Am adalah sengaja dilakukan supaya ia berbunyi catchy dan sedap didengar.

"Kita nak sesuatu yang catchy dan menarik bila didengar. I am, I am sampai jadi ayam, ayam, ayam. Kalau ikutkan bukan ayam saja bunyi kucing pun ada 'miow'.

"Ada juga yang kata bahasa Inggeris saya berbunyi begitu kerana slang bahasa Kelantan. Tidak kisahlah nak cakap apa," ujarnya kepada mStar Online.

Baru lima hari dimuat naik ke YouTube, lagu nyanyian jutawan kosmetik itu mendapat sambutan hangat dengan tontonan hampir 300,000 kali.

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu merupakan single pertama diterbitkan syarikat KRU Music dan mula dipertonton kepada umum sejak 13 Julai lalu.

Sejak lagu I am Me diperkenalkan, Vida dilihat mula tampil di pentas dengan menyampaikan persembahan secara langsung.

Terdapat beberapa video lain mempamerkan Vida tampil sebagai penyanyi dan melakukan persembahan pentas sambil diiringi penari khas.

Selain itu bagi penggiat video parodi, nyanyian Vida menjadi bahan terbaru untuk menghasilkan video parodi mereka.

Sementara itu, Vida berkata, dia berpuas hati dengan perkembangan lagu tersebut yang bukan sahaja sedang diperkatakan seluruh Malaysia, malah sudah sampai ke negara jiran.

"Alhamdulillah, saya suka dan berpuas hati dengan sambutan terhadap lagu itu setakat ini.

"Bukan di Malaysia sahaja, saya lihat negara jiran seperti netizen Indonesia pun banyak komen," ujarnya.

Lihat Komen
ADS