Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jangan takutlah, Dayang bukannya nak makan orang...
Diterbitkan:  Jul 21, 2017 5:46 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Empat tahun lagi sebelum mencecah usia 40 tahun namun dia masih berstatus solo.

Bukan tidak ada sebarang keinginan di hati, malah Dayang Nurfaizah mengakui jika boleh dia mahu menamatkan zaman bujangnya tahun ini.

Usia datang genap 36 tahun semalam.

Namun setakat ini, lapor BH Online, tiada lelaki yang mendekati, apa lagi cuba menyelami hatinya sebagai langkah awal untuk hubungan lebih serius.

Dan Dayang berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan ada padanya.

"Jangan bimbang atau takut untuk berkenalan dengan saya. Bukan saya nak makan orang pun," kata penyanyi lagu Tak Pernah Menyerah itu.

Menurut anak kelahiran Kuching, Sarawak itu, dia dapat memahami salah tanggapan sesetengah orang yang menyangka golongan selebriti sukar untuk didekati.

Namun pada hakikatnya, Dayang menegaskan, dia adalah sama seperti wanita lain.

"Memang elok sangatlah saya ada seseorang yang istimewa di hati," katanya.

Pada masa sama, Dayang mengaku tidak tahu bagaimana perasaan orang bercinta kerana dia tidak pernah melaluinya sendiri.

Justeru tanpa sebarang pengalaman bercinta dia juga tidak pernah melalui detik pahit apabila impian membina istana bahagia tidak kesampaian.

"Saya tidak tahu bagaimana perasaan orang bercinta, jauh sekali pernah berasakan pengalaman putus cinta.

Menurut Dayang, dia juga seronok apabila melihat insan lain yang dekat dengan dirinya, mempunyai keluarga sendiri.

"Adik saya juga sudah berkahwin tahun lalu. Saya seronok tengok orang di sekeliling saya memiliki keluarga masing-masing.

"Jadi, saya juga mahu mempunyai keluarga sendiri seperti mereka," katanya.

Lihat Komen
ADS