Pelakon jelita Indonesia Raline Shah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengarah bebas (indipendent director) AirAsia Indonesia.

Antara sebab Raline dipilih sebagai pengarah bebas kerana kemampuan untuk menjadi inspirasi kepada umum menerusi sejumlah filem yang pernah dibintanginya.

Malah pelantikan Raline dibuat selepas mendapat persetujuan syarikat penerbangan AirAsia Indonesia.

“Saya begitu gembira dapat menyambut Raline menyertai Lembaga Pengarah,” kata Pegawai Kanan AirAsia Indonesia, Pin Harris.

Pelantikan aktres berusia 32 tahun itu itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes dalam akaun Instagram miliknya malam tadi.

 

Welcome @ralineshah as Independent director (komisaris) to Airasia Indonesia. Diversity has always been our Mantra .

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on

Tony turut berkongsi imejnya bersama Raline di Instagram dengan kapsyen: “Pengarah baru kami di AirAsia Indonesia @ralineshah. Pintar, kreatif dan rendah hati,” tulis Tony.

Bagaimanapun, menurut Pin Harris, Raline ditugaskan sebagai pengarah bebas dan bukan pengarah AirAsia.

Kenyataan itu diungkapkan kepada media Indonesia semalam.

“Sebagai perusahaan yang dinamik dan percaya akan pemberdayaan generasi muda, kami amat bersemangat untuk bekerjasama dengan Raline yang mempunyai pengalaman, pengaruh serta cara berfikir yang baru,” kata Pin memuji Raline.

 

Our new director in Airasia Indonesia @ralineshah . Smart creative humble . A real coup readying our company for IPO .

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on

Raline pernah membintangi filem seperti 5 Cm, 99 Cahaya di Langit Eropa, Terpana, Supernova dan Surga yang Tak Dirindukan.

Menerusi filem dilakonkan, Raline banyak memberikan inspirasi kepada masyarakat Indonesia untuk menjelajahi dunia.