Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Penyanyi tahun 60-an, M Y Shamsudin, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling jaya kira-kira pukul 11 malam tadi akibat jangkitan paru-paru.

Menurut isterinya, Fatimah Isa, 70, suaminya dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak lima bulan lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Fatimah yang dihubungi Bernama hari ini berkata allahyarham pernah terlantar sakit akibat lumpuh selepas terjatuh 27 tahun lepas.

Katanya jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan lima cucu.

Fatimah juga adalah pasangan duet allahyarham menghasilkan beberapa lagu popular pada era 60-an, antaranya Salah Sangka dan Dapat Kembali.

- Bernama

Lihat Komen
ADS