Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kartunis Lengkuas meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 11, 2017 4:11 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

Kartunis Zainuddin Saleh, lebih dikenali dengan nama pena Lengkuas meninggal dunia pagi tadi di Hospital Selayang.

Kartunis yang popular dengan karya 'Mat Despatch' dan 'Yob Peon' meninggal dunia pagi tadi di Hospital Selayang hari ini, lapor akhbar Sinar Harian.

Berita kematian tersebut disampaikan menerusi Facebook Bekazon.

"Kami baru dapat berita kartunis Lengkuas (Mat Despatch) telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, Allahyarham merupakan seorang yang berjasa pada industri komik tempatan dan sahabat yang tak pernah putus asa.

"Semoga arwah dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin," tulisnya.

Allahyarham Lengkuas 53, berasal dari Bota, Perak dipercayai meninggal dunia akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.

Beliau mempunyai pengalaman berkarya dalam dunia kartun selama lebih 30 tahun.

Lihat Komen
ADS