Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Nicol Scherzinger buat persembahan di Johor?
Diterbitkan:  Aug 15, 2017 9:18 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Penyanyi utama kumpulan Pussycat Dolls dipercayai berada di Johor bagi membuat persembahan di majlis perkahwinan Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan pasangannya Dennis Muhammad malam semalam.

Menerusi laman Instagram miliknya, Nicol Scherzinger turut berkongsi video dirinya yang kelihatan mengenakan gaun merah dengan kaspyen ucapan terima kasih kepada pereka gaunnya, Michale Costello.

Gaun berkenaan dikatakan direka khusus untuk persembahan diraja itu.

Posting tersebut diikuti sekeping gambar Nicol berdiri di hadapan pintu masuk Istana Bukit Serene yang dipenuhi dengan cahaya lilin.

"Satu penghormatan dapat membawakan muzik dan menyampaikan suara saya di istana diraja malam ini," jelasnya di Instagram.

Menerusi posting itu, Nicol dilihat mengenakan busana serba hitam menampakkan bentuk tubuhnya yang seksi.

Bintang terkenal itu turut merakam gambar sedang berada di restoran makanan segera KFC sambil ditemani polis pengiring.

Di samping itu, Nicol juga memuat naik sekeping gambar matahari terbit di pantai Lido Johor Bahru pagi tadi.

Sementara itu, cubaan Malaysiakini untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara berkenaan tidak berjaya.

Unit perhubungan awam dan media Istana Johor menjelaskan aturcara majlis dilakukan oleh kerabat diraja tanpa campur tangan orang awam.

Katanya, tiada orang luar tahu menahu mengenai perkara itu.

 

 

Got the golden ticket this morning to see one of God's greatest creations #sunrise #nofilter

A post shared by Nicole Scherzinger (@nicolescherzy) on

 

Lihat Komen
ADS