Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Erma Fatima, Bade bercerai talak satu
Diterbitkan:  Aug 17, 2017 11:56 AM
Dikemaskini: 6:13 AM

Spekulasi perkahwinan pengarah filem Bade dan Erma Fatima yang berlegar akhirnya menemui noktah apabila mereka sah bercerai talak satu selepas 27 tahun mendirikan rumah tangga.

Bade melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53, tiba berasingan dengan motosikal kira-kira jam 10.30 pagi.

Manakala Erma atau nama penuhnya Fatimah Rahmad Ali, 49, tiba jam 11 pagi sambil mengenakan jubah hitam ditemani adiknya Betty Rahmad.

Bade - pengarah filem KL Menjerit dan Berlari ke Langit - memfailkan permohonan cerai 10 Ogos lalu di mahkamah sama mengikut Seksyen 47 enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Pada ketika itu, Bade memberikan alasan perceraian terpaksa dilakukan kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama pasangan itu bercerai.

Sekitar 2015, Erma pernah membuat keputusan untuk berpisah namun menarik balik keputusan itu pada 7 Oktober tahun sama setelah mendapati Bade berkahwin lain.

Memetik laporan BH Online, pelakon yang pernah memenangi gelaran Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9 dan ke-11 itu diijabkabulkan dengan Bade pada 30 November 1990.

Sepanjang hidup bersama, mereka membesarkan lima anak angkat iaitu Ahmad Albab, 24, Ahmad Arri, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain,11.

Lihat Komen
ADS