Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Isyarat Erra restui hubungan Emran, Bella
Diterbitkan:  Aug 17, 2017 4:46 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Sekeping gambar yang dimuat naik pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella ke laman Instagram berjaya menarik perhatian penyanyi dan pelakon Erra Fazira.

Gambar berkenaan menunjukkan Engku Emran Engku Zainal Abidin sedang menikmati juadah tengah hari, ketika khabar dia dan Bella bakal menaiki jinjang pelamin semakin kencang.

Bagi sesetengah orang, gambar Engku Emran dengan kapsyen ditulis Bella "Teman makan tengah hari" itu mungkin kelihatan biasa.

Namun apabila Erra Fazira sendiri menyukai status di Instagram berkenaan, ia memberi isyarat bahawa bekas isteri kepada Engku Emran itu turut "merestui" hubungan mereka.

Engku Emran dan Erra berkahwin pada 25 Oktober 2007 tetapi jodoh mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu bercerai tujuh tahun kemudian.

Mereka dikurniakan seorang anak Engku Aleesya, 8.

 

My lunch partner 🤗💝

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Hasil semakan Malaysiakini petang ini mendapati foto berkenaan mendapat hingga lebih 300,000 like dan 9,393 komen.

Tidak ketinggalan, pelakon Nora Danish juga menekan klik suka pada gambar yang sama.

Ruangan komen di Instagram Bella sejak kebelakangan ini dibanjiri komen peminat yang tidak putus-putus mendoakan agar dia segera menamatkan zaman bujangnya.

Sebuah portal hiburan juga melaporkan Bella dan Engku Emran bakal diijabkabulkan pada pertengahan bulan depan.

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi dibuat pasangan itu mengenai tarikh perkahwinan yang bakal berlangsung.

Cuma beberapa rentetan mengenai kisah cinta mereka dilaporkan media.

Antaranya pada Jun lalu apabila Engku Emran dan Bella dilihat membeli durian bersama-sama sehingga mendapat liputan media di Indonesia.

Engku Emran dan Bella dilihat mulai rapat selepas dipertemukan Nora dan suaminya Nedim Nazri sekitar Mac lalu.

Bella pernah mengikat tali pertunangan dengan anak Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, Afifudin Suaheli Kalla sebelum ikatan itu putus di tengah jalan.

Lihat Komen
ADS