Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sharnaaz cemuih dengan lelaki asyik ajar ilmu solek
Diterbitkan:  Aug 23, 2017 9:10 PM
Dikemaskini: 1:26 PM

Sharnaaz Ahmad yang sering meluahkan kenyataan yang kemudian mengundang kontroversi, muncul lagi dengan pandangannya.

Kali ini mengenai lambakan lelaki menghasilkan video tutorial solekan.

Dan seperti biasa, apabila Sharnaaz memuat naik sesuatu kenyataan, pasti ada saja yang akan membidas pandangan pelakon itu sebagai tanda mereka tidak bersetuju.

Baru-baru ini, menerusi akaun Twitter miliknya, Sharnaaz menggesa golongan lelaki yang cenderung ke arah bidang solekan untuk berubah menjadi seorang lelaki sejati.

Sharnaaz turut mencadangkan kepada mereka yang gemar bersolek itu agar mempamerkan kehebatan "anak jantan". Misalnya tampil dengan video bermain judi.

"Aku buka Facebook, Instagram penuh dengan jantan buat tutorial solekan... ni mak ampa, cubalah jadi jantan h***t... paling kurang pun, live main judi ka!" tulisnya.

Seperti dijangka tweet berkenaan mengundang kemarahan dan mendapat bantahan.

Ramai beranggapan, menghasilkan tutorial solekan adalah jauh lebih 'mulia’ berbanding memaparkan klip video bermain judi - satu perbuatan terlarang dalam Islam.

“Mendengar perkataan judi itu sendiri sudah cukup menunjukkan seorang lelaki boleh menjadi sampah! Saya tidak boleh hadam kenyataan anda,” kata pengguna akaun @phab91.

Malah ada antara kritikan turut mempersoalkan watak pernah disandang Sharnaaz sebagai 'lelaki lembut’ menerusi drama gandingannya bersama Amyra Rosli dalam Suamiku Encik Sotong pada 2014.

“Berlakon pon ko jadi sotong.. apahal,” kata pengguna akaun @faizal_jr__jr

Pun begitu, masih ada yang sependapat dengan pelakon filem Juvana itu.

Bagaimanapun mereka menasihatkan pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu agar berhati-hati dalam memberi teguran dan membuat perbandingan.

“Setuju.... Tapi bab judi tu tukar lah tadarus ke berkebun ke atau gembala kambing ke...” kata pengguna akaun @napeyz.

Sharnaaz sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan panas terhadap seseorang apabila individu itu dianggap tidak layak menghasilkan dan menerbitkan buku.

Lihat Komen
ADS