Gara-gara terlajak tangan, seorang penyanyi dangdut menampar lelaki ketika mereka sama-sama leka menikmati lagu di atas pentas.

Pada peringkat awal klip video itu menunjukkan seorang penyanyi perempuan sedang membuat persembahan dan ada tiga lelaki di depannya menari-nari.

Seorang daripada lelaki itu sebenarnya dipercayai pengacara majlis.

Di belakang pula kelihatan satu kumpulan pemuzik mengiringi persembahan berkenaan.

Dua daripada mereka kelihatan memegang wang dan seperti menawarkannya untuk penyanyi terbabit. Tidak lama kemudian seorang daripada mereka kelihatan agak 'bersemangat'.

Tidak dapat dipastikan apa dilakukan pemuda terbabit dengan tangan kirinya namun dia dipercayai menyentuh paha penyanyi berkenaan.

Insiden itu mendorong penyanyi terbabit menampar lelaki berkenaan dan mendesaknya segera turun dari pentas.

Lelaki itu kemudian akhirnya mengalah dan turun sambil tersenyum.

Seperti dilaporkan Tribunnews, tidak dapat dipastikan identiti penyanyi serta di mana kejadian berkenaan dirakamkan.