Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aiman Tino melepak, bukan berkhalwat
Diterbitkan:  Sep 26, 2017 6:55 PM
Dikemaskini: 11:04 AM

Aiman Tino mengakui dakwaan yang dia ditangkap khalwat dengan seorang gadis baru-baru ini mampu menjejaskan reputasinya sebagai penyanyi yang sedang meningkat naik.

Aiman berkata walaupun berita itu hanyalah spekulasi, ia telah tersebar dengan meluas dan dia bimbang jika ada peminat yang terlalu mudah mempercayainya.

"Saya sedang melepak bersama-sama kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu, jadi bagaimana timbul cerita ditangkap khalwat pula?

"Berita yang tersebar ini boleh mencalarkan imej saya kerana secara tidak langsung pasti ada yang mempercayainya," katanya eperti dipetik BH Online.

Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 19, didakwa ditangkap bersama seorang gadis ketika berdua-duaan di dalam kereta di Subang, semalam.

Terdahulu, sebuah ruangan pojok blog tempatan menyiarkan artikel mendakwa seorang penyanyi remaja yang pernah menjadi finalis Anugerah Juara Lagu 31 telah ditangkap khalwat.

Butiran yang dinyatakan dalam artikel itu membayangkan Aiman sebagai penyanyi yang dimaksudkan.

Aiman berkata, dia pada mulanya terkejut selepas ada seorang peminat yang mula bertanyakan tentang perkara itu kepadanya.

"Peminat khuatir sama ada ia benar atau tidak," katanya sambil berterima kasih kepada peminatnya yang tidak menelan bulat-bulat cerita itu, sebaliknya meminta penjelasannya terlebih dulu.

Namun, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu mengambil pendirian untuk tidak cepat melatah dalam berhadapan situasi itu.

"Ini bagi mengelakkan ia menjatuhkan semangat saya. Apa yang pasti, keluarga tahu perkara itu tidak benar sama sekali. Saya sendiri pun masih lagi tinggal bersama mereka," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS