Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Boneka Nikita tahan ramas
Diterbitkan:  Sep 27, 2017 2:21 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Pelakon seksi Indonesia Nikita Mirzani nampaknya bakal menempa kontroversi terbaru melalui anak patung menyerupai dirinya yang bakal menemui pasaran tidak lama lagi.

Malah dia memberi jaminan, patung yang diberi nama 'Nikita Doll' itu tahan ramas kerana diperbuat daripada bahan seperti jeli.

Menurut laman hiburan Wow Keren, Patung itu dijangka akan mula dijual bulan depan dengan harga RM480 (1.5 juta rupiah).

Selain itu, pelakon filem Lihat Boleh, Pegang Jangan itu juga merancang untuk mengeluarkan produk pembersih wanita.

Tidak kisah dengan kontroversi yang bakal diundangnya, Nikita berkata dia hanya mahu membantu golongan wanita dalam soal penampilan dan penjagaan.

“Bergantunglah apa yang bermain di fikiran mereka sama ada pro atau kontra. Yang jelas, ada wanita lupa untuk membersihkan diri dengan cara yang sepatutnya,” katanya.

Antara kontroversi paling besar yang pernah melanda dirinya adalah apabila didakwa terbabit dalam sindiket pelacuran yang turut melibatkan beberapa selebriti lain.

Lihat Komen
ADS