Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Video lucah? Eyka masih waras
Diterbitkan:  Sep 27, 2017 7:56 PM
Dikemaskini: 12:09 PM

Pelakon Eyka Farhana menegaskan dia masih waras dan tidak sesekali tergamak beraksi dalam video lucah yang dikaitkan dengan namanya.

Berang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menaburkan fitnah berkenaan, Eyka tampil menafikan wanita dalam klip video terbabit adalah dirinya.

“Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini.

“Saya masih waras dan belum lagi 'gila' untuk membuat perkara terkutuk dan tidak bermaruah seperti ini,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya

Video yang dinaikkan ke YouTube sejak Julai lalu itu mendapat lebih 11,000 tontonan.

Menurut Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 22, lebih menyedihkan apabila dakwaan itu berlaku ketika dia dan keluarga baru saja kehilangan anggota keluarga tersayang.

“Lebih menyedihkan perkara ini ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak,” katanya.

Kakak Eyka, Wan Anis Farhana yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) meninggal dunia pada 23 Ogos lalu.

Sehubungan itu, pelakon Juvana itu memberi amaran kepada invidu bertanggungjawab agar menghentikan perbuatan terbabit malah dia juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya memberi amaran kepada mereka yang bersikap kurang ajar ini agar menarik kembali video mengaibkan ini dan tidak mengaitkan ia dengan diri saya.

“Jika tidak pihak pengurusan saya @mindorder tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

"Terima kasih,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS