Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pendakwa mahu Benjy dipenjara 14 tahun
Diterbitkan:  Oct 6, 2017 5:14 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan menuntut agar pelakon dari Malaysia Khaeryll Benjamin Ibrahim dipenjarakan selama 14 tahun atas kesalahan mengedar dadah.

Selain itu, Khaeryll atau lebih dikenali sebagai Benjy juga berdepan denda sebanyak 800 juta rupiah (RM251,359) atas kesalahan menyeludup bahan terlarang itu pada April lalu.

Dalam perbicaraan yang dijalankan pada Rabu, The Star melaporkan pendakwa Maria F.Tarigan mendakwa Benjy telah melanggar Undang-Undang Narkotik 2009.

"Kami berharap panel juri memenjarakan defendan selama 14 tahun," katanya ketika sesi perbicaraan yang dihadiri oleh Hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Selepas mendengar hujah pihak pendakwaan, Benjy berkata dia akan membaca kenyataan pembelaan pada perbicaraan minggu depan.

Benjy merupakan anak kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty yang meninggal dunia akibat kanser payudara pada 2013.

Ini bukan kali pertama kes dadah membabitkan Benjy kerana dia juga pernah ditahan sebanyak empat kali atas kesalahan sama di Malaysia.

Pelakon itu ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan, Sumatera Utara pada 18 April lalu selepas pihak berkuasa menemui 4.5 gram methamphetamine atau syabu yang disorokkan di dalam duburnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS