Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hasrat kali ketiga bersama Emma tak sampai
Diterbitkan:  Oct 6, 2017 6:30 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

Hasrat pelakon Kamal Adli bergandingan buat kali ketiga dengan Emma Maembong dalam drama Jangan Padam Rindu tidak kesampaian apabila tempatnya digantikan oleh Keith Foo.

Pada mulanya, watak utama lelaki bagi drama terbitan Suhan Movies itu diserahkan kepada Kamal, namun berubah akibat salah faham, lapor BH Online.

"Ia bermula dengan masalah susunan jadual hingga berlaku salah faham dengan pihak produksi Suhan. Ketika mendapat tawaran terbabit, pada masa sama saya juga menerima undangan berlakon filem aksi.

"Saya ada memohon budi bicara produksi Suhan supaya menyusun semula jadual penggambaran kerana filem berkenaan awalnya dijangka dimulakan rakamannya pada pertengahan bulan ini.

"Begitupun, tidak mengapa jika permintaan itu tak dapat dipenuhi kerana memang keutamaan saya adalah lebih kepada drama terbabit. Bagaimanapun, permintaan saya tidak dipenuhi dan akhirnya nama saya digugurkan," beliau dipetik sebagai berkata.

Kamal dan Emma pernah membintangi drama Syurga Tanpa Cinta dan Jodoh Sebelah Pintu.

Kamal mengakui sedar peminatnya teruja menantikan gandingan terkininya bersama Emma.

Lihat Komen
ADS