Golongan muda di negara ini perlu menguasai asas bahasa Melayu meskipun perubahan dunia hari ini menyebabkan berlakunya perubahan pada gaya berbahasa dalam kehidupan seharian masyarakat, kata pengacara Datuk Aznil Nawawi.
Penerima Anugerah Ikon Khas Bahasa 2016 Persatuan Linguistik Malaysia itu berkata ini penting kerana bahasa Melayu merupakan sebahagian jati diri rakyat Malaysia yang perlu terus dimartabatkan.
Namun katanya kebolehan berbahasa
“Fleksibiliti dalam berbahasa itu sememangnya penting kerana kita perlu mengikut peredaran zaman, namun dalam menyampaikan gaya bahasa, jangan kita lupa kepada asas perbahasaan,” katanya pada Forum Penulis Muda (FPM) 2017 di Nilai hari ini.
Forum bertajuk ‘Bahasa Cerminan Akal: Lambang Kepintaran Generasi Y’ itu dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di Nilai.
Selebriti itu berkata kebolehan dan kemampuan berbahasa Melayu dengan baik juga membantu menyerlahkan lagi penampilan dan kredibiliti seseorang individu.
FPM 2017 merupakan siri ketiga yang diadakan di USIM sejak 2015 yang antara lain bertujuan memartabatkan
Forum ini juga diadakan sebagai antara program bersempena kempen Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 yang bertujuan mendidik masyarakat berbilang bangsa menyemarakkan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam segenap aspek kehidupan.
Turut hadir Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia Datuk Zainal Abidin Borhan dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah USIM Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh.
-Bernama
