Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelakon veteran Sony Abdullah meninggal dunia

Seniman filem Melayu terkenal era 1960-an, Datuk Abdullah Sani Ahmad, atau dikenali Sony Abdullah, meninggal dunia petang ini di kediamannya di Selayang kerana sakit tua.

Beliau yang berusia 74 tahun menghembus nafas terakhir pada pukul 4.15 petang tadi.

Anaknya, Fathorossoim Al-Sani Abdullah Sani berkata jenazah disembahyangkan di Masjid Melati Selayang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves di Selangor selepas solat Isyak malam ini.

“Pada 7 Oktober lepas, kami baru meraikan hari lahirnya yang ke 74 dan arwah masih sihat dan gembira ketika itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak.

Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham pernah mencipta fenomena menerusi filem Permintaan Terakhir pada 1975, Menanti Hari Esok (1977), dan Gadis Langkawi (1966).

-Bernama

Lihat Komen
ADS