Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ezlynn sah kembali solo hari ini
Diterbitkan:  Oct 23, 2017 3:43 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Selepas kisah kontroversi rumahnya 'dirompak' suami sendiri, penyanyi Hi Hi Bye Bye, Ezlynn, sah bercerai talak satu hari ini.

Ia disahkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Adam Fahmy Shamsuddin, 38, melafazkan cerai terhadap penyanyi itu di hadapan hakim Noor Byetty Nasir pada 10.30 pagi tadi.

Dalam prosiding itu, Noor Byetty turut mengarahkan supaya Adam bermaaf-maafan dengan Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, sebelum melafazkan cerai.

Terdahulu, Ezlynn memfailkan permohonan pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984.

Seperti dilaporkan Harian Metro, Ezlynn hadir bersama peguamnya Izyan Hazwami Ahmad manakala Ahmad Nazib Johari bertindak sebagai peguam Adam.

Ezlynn dan Adam berkahwin pada 20 November 2011.

Selama enam tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Tindakan Adam mengambil barang-barang di rumah Ezlynn masih menjadi sterinya ketika itu mengundang perhatian baru-baru ini apabila gambar keadaan rumah mereka menjadi tular di media sosial.

Adam bagaimanapun menyangkal dakwaan merompak rumah sendiri.

Sebaliknya kata Adam jika memang melakukan kesalahan dia sudah menjadi tahanan polis.

Rumahtangga mereka ditelah menghadapi masalah sejak beberapa bulan lalu apabila Ezlynn dilihat sering tampil bersendirian tanpa suami yang juga pengurusnya ketika itu.

Lihat Komen
ADS