Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Hujan renyai-renyai tidak menghalang ratusan peminat filem berhimpun di Roppongi, Tokyo pada 25 Okt untuk menyaksikan acara pembukaan Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) Ke-30.

Pengeluar, pengarah dan pelakon dari serata dunia sedia mewakili filem mereka dan turut menandatangani autograf bagi memeriahkan dekad ketiga TIFF sebagai antara festival filem perdana Asia.

Acara karpet merah bermula dengan kemunculan Duta Festival, Kanna Hashimoto, penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Gintama dan Psychic Kusuo, dengan diiringi Pengarah Festival, Takeo Hisamatsu.

Ia kemudiannya disusuli dengan pelakon, pengarah dan para tetamu lain memulakan langkah melalui karpet merah. Pengikut legenda Alejandro Jodorowsky menjerit-jerit kepada anak lelakinya Adan Jodorowsky, bintang seksyen Tayang Khas ‘Endless Poetry’ yang turut disertai kumpulan penari kerangka di atas pentas.

Peminat filem Jepun pula teruja apabila melihat kelibat pengarah Naomi Kawase yang filemnya Radiance dimainkan di seksyen Jepun Sekarang di mana beliau akan turut mengadakan kelas khas semasa festival.

Subjek tumpuan Fokus Khas tahun ini ialah Animasi Jepun.

Penonton turut memberi sambutan hangat kepada Presiden Juri Pertandingan, penulis bagi calon Anugerah Akademi, dan pengarah Tommy Lee Jones, yang sebelum ini menghadiri edisi ke-18 festival dengan filemnya bertajuk The Three Burials of Melquiades Estrada.

Acara karpet merah diakhiri dengan kemunculan bintang-bintang Persembahan Pembukaan Khas filem Legend of the Demon Cat, Shota Sometani, Huang Xuan, Xin Baiqing, Keiko Matsuzaka dan Hiroshi Abe, diikuti pelakon dan kru Filem Pembukaan Fullmetal Alchemist termasuk pengarah Fumihiko Sori dan pelakon Ryosuke Yamada dan Tsubasa Honda.

Acara seterusnya disusuli Acara Pembukaan dan selepas ucapan daripada Hiroshige Seko, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri serta Yoshimasa Hayashi, Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi, audiens diperlihatkan dengan tayangan khas video mengenai festival sejak tiga dekad lalu.

Audiens seterusnya dipertontonkan dengan persembahan footage filem 10 minit daripada keluaran terbesar bersama Jepun-China dalam sejarah Legend of the Demon Cat.

Seksyen Juri Pertandingan kemudiannya diperkenalkan dengan Presiden Juri Tommy Lee Jones membuat kenyataan: “Kami semua sangat gembira berada di sini di Tokyo dalam acara kehormat ini.”

Penulis dan pengarah ini menambah sementara pasaran filem Asia kadang kala dirujuk sebagai Lingkaran Pasifik, “Saya rasa dihormati dan berbangga untuk menjadi sebahagian daripada juri festival filem yang bertujuan meraikan persefahaman emosi dan intelektual antara orang dengan berdiri di tengah dan bukan di lingkaran pembuatan filem.”

Audiens turut dipertontonkan trailer FULLMETAL ALCHEMIST, filem pertama Jepun yang membuka TIFF dalam sedekad.

TIFF selama 10 hari ini akan menayangkan lebih 200 buah filem Jepun dan serata dunia termasuk program berkaitan filem, kemunculan di atas pentas, sesi soal-jawab dan simposium yang menampilkan tetamu selebriti.

TIFF Ke-30 berlangsung hingga 3 Nov di Roppongi Hills, EX Theater Roppongi dan venues lain di Tokyo.

- Bernama

Lihat Komen
ADS