Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Raja Azura membuktikan dia seorang otai yang masih berbisa apabila kekal bertahan selepas minggu kedua Gegar Vaganza musim keempat.

Sebaliknya Ferhad yang membawa lagu Harus Terpisah dendangan penyanyi Indonesia Cakra Khan menjadi peserta pertama yang tidak disangka-sangka tersingkir pada program realiti terbitan Astro itu malam tadi.

Terdahulu, semasa memberi penilaian, juri Hetty Koes Endang hanya memberikan komen cukup ringkas pada persembahan Ferhad.

"Bukan mudah untuk membawa lagu Cakra Khan tetapi kamu telah menyanyikannya mengikut diri kamu," katanya.

Elyana pula dipilih sebagai pemenang Anugerah Vida Vaganza menerusi undian orang ramai di Instagram Datuk Seri Vida.

Ini adalah kali kedua Elyana menerima anugerah berkenaan di GV4.

Selain Hetty, GV4 turut menampilkan Pengarah Muzik Datuk Ramli MS sebagai juri tetap.

Manakala Datuk Jalaluddin Hassan dijemput sebagai juri jemputan pada konsert minggu ini.

Kesemua 12 peserta dikehendaki membawa cabaran menyanyikan lagu yang mengingatkan mereka kepada memori pahit manis pernah berlaku dalam kehidupan menerusi tema Sekali Dengar, Melekat!

Setiap peserta diadili 100 peratus dengan markah daripada barisan juri.

GV4 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil.

Senarai penuh lagu

Aqasha - Aku (Datuk Jamal Abdillah)

Ferhad - Harus Terpisah (Cakra Khan)

Firman - Rindu Serindu-Rindunya (Spoon)

Hazami - Setengah Mati Merindu (Judika)

Lan Kristal - Karam (Zabarjad)

Tia Jinbara - Cenderawasih ( Kris)

Aishah - Dingin (Ziana Zain)

Elyana - Masih Cinta (Kotak)

Haida - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)

Lizs Hanim - Aku Hanya Pendatang (Francesca Peter)

Raja Azura - Apa yang Ku Cari (Endang S Taurina)

Syura - Ku Pendam Sebuah Duka (Datuk Khadijah Ibrahim)

Lihat Komen
ADS