Roro cari lelaki paling cocok
Pelakon dan model majalah dewasa Indonesia, Roro Fitria, menyatakan dia sedang mencari lelaki yang sesuai menjadi suaminya.
Namun ia tidak semudah itu untuk mana-mana jejaka yang berminat.
Sesuai dengan gaya hidup Roro, dia awal-awal lagi menyatakan akan cerewet membuat pilihan.
Kata Roro, 29, dia hanya bersedia membuka hatinya buat jejaka bangsawan, kerana dia sendiri dibesarkan dalam keluarga berada.
"Yang pasti biar sama-sama bangsawan," katanya dipertik portal tabloid bintang.
Nama Roro mungkin kurang dikenali di negara ini namun di Indonesia dia bukan terlalu asing buat peminat dunia hiburan.
Kini mempunyai hobi mengumpul kereta sport, dia menceburi bidang peragaan selepas cubaannya dalam dunia politik gagal besar, malah ibunya dilaporkan diserang angin ahmar kerana itu.
Dia kemudian membintangi telefilem Sang Pemimpin. Hasilnya sejak itu semakin banyak tawaran yang mendatang.
Di bidang peragaan antara majalah yang pernah menonjolkan Roro sebagai penghias kulit depan ialah Popular dan FHM.
Roro turut terbabit dalam program bual bicara Sedap Malam di saluran RCTI.
Menurut Roro dia mengimpikan seorang suami yang sentiasa memanjakannya dan pada masa samam mampu menjadi ketua rumah tangga.
"Orangnya mesti sabar, tahu menghormati dan mempunyai perancangan masa depan, selain tidak curang," katanya.

