Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Steven Seagal menghadap Sultan Johor
Diterbitkan:  Nov 21, 2017 11:18 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Bintang Hollywood Steven Seagal mengunjungi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu lawatan di Johor hari ini.

Pelakon yang pernah menjadi jurulatih seni mempertahankan diri itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua jam bersama Sultan Ibrahim di Hutan Bandar Gelang Patah.

Seagal, 65, pelakon yang memegang tiga kewarganegaraan termasuk Rusia popular menerusi filem hit pernah dilakonkannya seperti Under Siege, Above the Law, Out of Justice dan Hard to Kill.

Seagal turut berlakon dalam rancangan bersiri televisyen seperti Steven Seagal: Lawman dan True Justice

Mungkin ramai tidak mengetahui, selain berkecimpung dalam bidang lakonan, Seagal juga pandai bermain alat muzik seperti gitar malah memiliki dua album selain kebanyakan lagu itu digunakan sebagai runut bunyi untuk filemnya.

Lihat Komen
ADS