Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Gadis nasi lemak pernah diejek kaki besar
Diterbitkan:  Nov 24, 2017 11:32 PM
Dikemaskini: 4:23 PM

Kurang dua hari lagi sebelum Samantha Katie James yang mewakili Malaysia bakal berentap untuk gelaran Miss Universe ke-66 pada acara yang berlangsung Ahad ini.

Untuk berada di kedudukan itu memerlukan Samantha menjadi seorang wanita yang betul-betul kuat dari segi mental dan fizikal.

Namun di sebalik kecekalan itu, sebenarnya tersimpan peristiwa hitam Samantha yang pernah menjadi mangsa buli siber.

Melalui coretan di media sosial, Samantha, 23, menceritakan pengalamannya pernah diejek kerana mempunyai potongan kaki yang besar.

Menurut Samantha, dia berkongsi kisah itu bagi menyampaikan mesej dan panduan buat wanita yang pernah senasib dengannya.

“Apa saya ingin katakan adalah anda tidak berseorangan, jangan benarkan sesiapa mengarahkan apa yang anda perlu jadi atau bagaimana anda harus kelihatan.

“Tiada istilah sebenar untuk tubuh badan ideal, hakikatnya adalah merupakan individu yang unik dan itulah yang menjadikan kita istimewa,” katanya menerusi Instagram.

Lari 21 kilometer

Samantha baru-baru mencuri perhatian gara-gara gaun bertemakan nasi lemak daun pisang yang bakal diperagakan di Las Vegas.

Menurut Samantha, dia kini bukan seperti dahulu dan tahu memanfaatkan kelebihan kaki yang dikurniakan tuhan kepadanya itu.

Gadis kacukan China-Brazil itu berkata, dengan kaki itulah dia meningkatkan tahap kecerdasan diri bagi menyerlahkan penampilan wanita dalam dirinya.

Katanya, dia menghabiskan masa berjam-jam di dalam gimnasium dan berlari setiap hari sejak berusia 18 tahun.

“Kamu tahu tak kaki inilah yang membantu saya menghabiskan larian 21 kilometer, kaki inilah juga yang membantu saya berdiri dengan kasut tumit tinggi setinggi enam inci lebih 12 jam (walaupun pada akhirnya kaki saya menjadi lebam)," jelasnya.

Samantha berkata, dia berbangga dengan pencapaiannya sekarang malah tidak pernah menyangka mampu melakukan sesuatu yang dianggap di luar kemampuannya.

“Saya ingin semua wanita di luar sana untuk rasai perkara sama,” katanya.

Acara Miss Universe bakal berlangsung di The AXIS Planet Hollywood di Las Vegas, Amerika Syarikat. Samantha bakal berentap bersama 93 peserta dari seluruh dunia untuk dinobatkan sebagai Miss Universe.

 

Lihat Komen
ADS