Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tuah 'jadi setan' untuk Ayu Laksmi
Diterbitkan:  Dec 3, 2017 12:48 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

Lebih dikenali sebagai penyanyi, Ayu Laksmi berkata dia terpaksa "menjadi setan" sebelum dapat menempatkan namanya sebagai pilihan juri yang menilai filem.

Kata Ayu, penghargaan itu bagaimanapun tetap mengujakan walaupun pada masa sama dia begitu bimbang dengan keselamatan keluarganya di Bali yang diancam gunung berapi.

Berucap sempena penganugerahan aktres pembantu terbaik Pilihan Tempo 2017 baru-baru ini, Ayu secara berseloroh berkata, dia hairan kerana perlu menjadi susuk yang ghaib sebelum mendapat anugerah itu.

"Mesti jadi setan dulu baru dapat penghargaan," katanya yang menerima pengiktirafan berkenaan melalui filem Pengbadi Setan.

Filem itu adalah bikinan semula dan menjadi terkenal hasil tangan pengarah Joko Anwar.

Ia turut menampilkan aktor Malaysia, Bront Palarae.

Ayu, 49, sebelum menceburi bidang lakonan ialah seorang penyanyi dan pencipta lagu yang lahir di Singaraja, Bali.

Pada era 1990-an dia pernah digelar sebagai penyanyi rock.

Dalam Pengabdi Setan Ayu membawa watak isteri kepada Bront yang meninggal dunia dan kemudian menghantui rumah mereka.

Sementara itu menurut Ayu ketika ini filem adalah dunia yang baru untuknya dan masih banyak yang perlu dipelajari bagi mengukuhkan lagi penampilannya.

Dalam pemilihan anjuran majalah Tempo itu Ayu mengetepikan pencabar lain iaitu Dea Panendra yang mewakili filem Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak dan Christine Hakim (Kartini), Djenar Maesa Ayu (juga Kartini) dan Cut Mini (Posesif).

Lihat Komen
ADS