Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pokok Krismas tu bukan di rumah saya - Aeril
Diterbitkan:  Dec 14, 2017 3:52 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Hanya disebabkan anaknya bergambar di sebelah pokok Krismas, akidah keluarga pelakon Aeril Zafril dituduh terpesong dan dipertikai segelintir netizen di media sosial.

Malah tuduhan murtad dilemparkan ke atas Aeril sekeluarga kerana didakwa melanggar hukum agama dengan merayakan sambutan Hari Natal.

Namun Aeril tidak cepat melatah apabila tampil memohon maaf di samping memberi penjelasan terhadap gambar anaknya yang dikongsi semalam melalui akaun Instagram miliknya.

Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suharil Sunari, 29, gambar anak perempuannya Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2 diambil ketika mereka menginap di sebuah hotel.

“Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok Krismas ni boleh terpesong dari agama.

“Untuk pengetahuan pokok Krismas tu bukan kat rumah saya. Pokok tu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk,” kata pelakon drama bersiri Mandatori itu.

Melalui posting terdahulu, Aeril memuat naik sebuah klip video dan imej memaparkan Hayla menyanyi sambil bermain dengan pokok krismas berkenaan.

Kanak-kanak itu dilihat begitu teruja dengan hiasan kecil digantung pada pokok yang saiznya melebihi tubuh badannya yang kecil itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS