Aaron Aziz, Farid Kamil dapat Datuk
Diterbitkan: Dec 16, 2017 4:37 PM | Dikemas kini: Dec 16, 2017 4:45 PM
Dua hero Malaya, Farid Kamil dan Aaron Aziz hari ini dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Kedua-dua pelakon itu menerima anugerah berkenaan bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Farid, 36 dan Aaron, 41, yang berasal dari Singapura antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut, lapor mStar.
Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.