Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Siti Nurhaliza mengidam limau manis Palestin
Diterbitkan:  Dec 25, 2017 1:45 PM
Dikemaskini: 5:51 AM

Mencecah enam bulan usia kandungan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi keterujaannya hamil anak pertama.

Namun, dalam keturajaannya itu ada perkara yang membuatkan penyanyi naungan Suria Records Sdn Bhd (SRC) sekitar tahun 1997 itu sedikit terkilan.

Kata Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok T beliau mengidam untuk makan limau manis dari Palestin, lapor Utusan Malaysia.

“Awal mengandung saya tidak dapat menikmati makanan pedas dan masam walaupun itu merupakan antara makanan kegemaran saya. Bukan itu saja, saya juga tidak mampu masak kerana tidak boleh bau dapur.

“Kalau berkenaan mengidam pula setakat ini tiada lagi makanan pelik yang saya majikan cuma baru-baru ini saya teringat limau manis yang pernah saya makan ketika berkunjung ke Palestin tahun lepas.

“Saya kirim limau tersebut pada seorang ustaz yang sering ke sana, namun bertukar masam bila sampai Malaysia,” Siti dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran CTDK-action di ibu negara baru-baru ini.


Bagaimanapun Siti berkata rasa mengidamnya itu terubat sedikit apabila menantunya membeli limau yang sama di Jakarta, Indonesia.

“Untuk mendapatkan limau yang sama saya minta menantu saya, Tyra Ariffin membeli limau di Jakarta, Indonesia.

“Terubat sikit rasa teringin itu,” cerita Siti.

Lihat Komen
ADS