Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Doakan ustaz Wadi dan tiga yang lain
Diterbitkan:  Jan 4, 2018 1:18 PM
â‹…
Dikemaskini: 5:28 AM

Kemalangan melibatkan empat ustaz termasuk seorang pendakwah terkemuka lewat petang semalam mengejutkan banyak pihak termasuk kalangan selebriti.

Melalui media sosial, beberapa selebriti tanah air menyatakan rasa sedih dengan kemalangan menimpa Wadi Anuar an rakan-rakannya di Km200.9 Jalan Taiping- Bukit Merah, Perak

Selain Wadi Anuar, tiga lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu adalah Murtadha Yusuf, Hanbali Zulkifli dan bapa kepada Murtadha.

Antara selebriti yang menyatakan rasa simpati mereka ialah Nur Heliza dan Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin dari kumpulan UNIC.

Mereka meminta orang ramai mendoakan agar semua mangsa kembali pulih seperti sedia kala dan dipermudahkan urusan.

“Innalillahi wa inna ilaihiroji’un. Minta semua doakan kepada ustaz-ustaz kita yang telah terlibat dengan kemalangan,” kata Nur Heliza di Instagram.

Difahamkan, keempat-empat mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Taiping.

Murtadha yang tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan otak semalam dikatakan kini menjalani pembedahan berisiko tinggi.

Manakala Wadi Anuar yang patah pada bahagian bahu kini sudah mulai sedar namun masih berada dalam keadaan lemah dan belum mampu bercakap.

Sementara itu pelbagai pihak berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kemalangan berkenaan sehingga mengelirukan masyarakat.

Mereka juga meminta orang ramai mendoakan agar mangsa kemalangan itu diberikan kesembuhan segera.

 

Lihat Komen
ADS