Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Farid Kamil direman 4 hari
Diterbitkan:  Jan 12, 2018 11:28 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari direman empat hari bermula hari ini selepas dipercayai menampar anggota polis trafik selain menendang dua orang awam di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Pelakon itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid yang memakai baju lokap ungu tiba dengan menaiki trak polis pada  pukul 10.07 pagi.

Prosiding bermula jam 10.35 pagi dan mengambil masa 15 minit sebelum dia dibawa keluar, lapor Harian Metro.

Turut kelihatan, adiknya, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Dalam kejadian pada 1.20 tengah hari semalam, Farid dilapor datang ke Balai Polis Kota Damansara untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter, pelakon itu dilapor secara tiba-tiba menampar anggota polis yang menerima aduan sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Pelakon itu dikatakan mengamuk setelah ditunjukkan artikel di telefon bimbit ‘300 Artis Pinjam Ah Long’.

Selain mencederakan anggota polis terbabit, suami kepada pelakon jelita, Diana Danielle, 27, itu dikatakan turut menendang dua orang awam di lokasi sama.

Lihat Komen
ADS