Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Cukuplah, rayu Sajat
Diterbitkan:  Jan 21, 2018 12:29 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman merayu agar masyarakat berhenti membincangkan isu mengenai jantinanya.

Ketika dihubungi Harian Metro, Sajat berkata dia perlu menjaga hati ibu bapanya dan meminta agar kisahnya tidak lagi ditularkan bagi memelihara aib.

“Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan nama saya. Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu akibat isu ini.

“Kalau anda berada di tempat saya, pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebat dan menjadi isu besar.

“Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan,” katanya.

Sajat juga enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memerlukan masa minimum sebulan bagi menentukan identiti dan jantina sebenarnya.

Sajat berkata dia kesal apabila kisah peribadinya menjadi perhatian masyarakat sedangkan niatnya hanya untuk berniaga.

“Kenapa saya dilayan seperti badut sehingga nama saya dicalar sedemikian rupa. Saya sudah melakukan apa yang terdaya mengapa ia perlu menjadi isu besar,” €katanya.

Terdahulu Jakim dalam kenyataan hari ini, menyatakan memerlukan masa paling sebulan bagi menentukan identiti dan jantina sebenar usahawan itu.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof menerusi Facebook (FB) Jakim.

Lihat Komen
ADS