Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Kalau tak nak mengundi, baik jadi zombie'
Diterbitkan:  Jan 26, 2018 4:41 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Isu pentingnya semua rakyat Malaysia yang layak supaya menunaikan tanggungjawab membuang undi memang turut menaik perhatian golongan artis.

Jika sebelum ini golongan terbabit dilihat cuma mementingkan hal-ha berkaitan dunia seni, mutakhir ini sebahagian daripada mereka menampakkan kesedaran yang cukup tinggi terhadap amalan demokrasi.

Perkembangan positif itu berlaku ketika tarikh pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.

Seorang daripada mereka ialah Syed Mohamad Asri.

Dia yang lebih dikenali dengan nama watak dilakonkannya dalam filem Zombi Kampung Pisang iaitu Usop Wilcha berkata di negara ini sistem demokrasi adalah pilihan yang ada buat rakyat Malaysia.

"Hanya satu undi je menentukan masa depan negara.

"Kalau tak nak, kalau nak boikot undi, baik jadi zombie je...." katanya dengan loghat Perak dan gerakan tangan yang menjadi identitinya melalui klip video ringkas yang dikongsikannya di Twitter.

 

 

Segelintir aktivis mencetuskan idea untuk merosakkan undi - atau memboikot PRU - ekoran kekecewaan mereka terhadap tokoh serta parti politik yang ada.

Sesetengah mereka berpendapat tawaran parti politik untuk memimpin negara selepas PRU ke-14 nanti tidak mempunyai banyak perbezaan.

Kenali wakil rakyat sendiri

Isu itu turut mendapat perhatian Pakatan Harapan dan dibincangkan dalam mesyuarat majlis presiden gabungan terbabit baru-baru ini.

Model, personaliti TV serta pelakon Daphne Iking juga memberi pandangan mengenai pilihan raya.

Semalam dia menceritakan secara ringkas bagaimana seorang rakan memberi nasihat supaya tidak menciap apa-apa yang berbentuk politik selama dua bulan ini

"Wah, sampai begitu sekali ya? Apa pun jangan lupa mengundi ya?" katanya.

Dia juga memberikan sedikit panduan untuk orang ramai mengundi demi masa depan negara.

"Kalau kamu tak suka kedua-dua pihak, undi yang kurang jahat, tapi tolong mengundi," katanya.

Anak kelahiran Keningau, Sabah itu juga berkata, ada orang bertanya bagaimana membezakan sesuatu kejahatan sebelum membuat keputusan untuk diundi.

 

 

"Mulakan dengan mengambil tahu siapa calon MP (anggota parlimen) dan ADUN (anggota dewan undangan negeri) bila diumumkan.

"Kena rajinlah sikit. Selidik. Jika dia memang MP atau ADUN sekarang, dia buat kerja tak selama ni? Kalau tak, bye2. Macam tu," katanya.

Lihat Komen
ADS