Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Syafinaz dapat Datuk
Diterbitkan:  Feb 1, 2018 1:43 PM
Dikemaskini: 5:45 AM

Guru vokal dan penyanyi Syafinaz Selamat dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk bersempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut hari ini.

Syafinaz yang juga konduktor muzik itu menerima anugerah berkenaan bersama 69 individu lain.

Pembabitan penyanyi Ingin Bersamamu itu dalam industri menyaksikan beliau meraih beberapa pencapaian begitu membanggakan.

Syafinaz, 44, menyandang gelaran sebagai penasihat dan vokal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia, penyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Kebangsaan.

Selain itu, Syafinaz pernah membuat persembahan di hadapan Barrack Obama ketika bekas presiden Amerika Syarikat itu membuat lawatan rasmi ke Malaysia beberapa tahun lalu.

Sepanjang berkarier, Syafinaz pernah menghsilkan tiga buah album iaitu Syafinaz pada 1989, Ingin Bersamamu (1999) dan Syyh (2002).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS