Behati Prinsloo yang merupakan model Victoria Secret mencuri tumpuan pengguna laman maya apabila menyatakan obsesi terbarunya terhadap buah rambutan.

Isteri kepada vokalis Maroon 5, Adam Levine itu berkongsi hal berkenaan melalui stories di akaun Instagramnya baru-baru ini.

"Tidak pernah cukup puas makan buah ini," tulis Prinsloo dalam keterangannya seperti dilaporkan Tempo.

Rata-rata pengguna laman maya yang mengenali buah itu membuat spekulasi bahawa buah-buahan itu dibawa oleh pembantu rumah Adam Levine yang berasal dari Indonesia.

Pasangan itu berkahwin pada 2014 dan Behati kini sedang mengandungkan anak kedua Adam selang setahun selepas kelahiran anak pertama mereka, Dusty Rose. 

Buah rambutan dikenali sebagai buah yang mempunyai protein dan vitamin yang tinggi.