Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sofi Jikan direman lepas Farid Kamil mengadu ke polis
Diterbitkan:  Feb 7, 2018 12:31 PM
Dikemaskini: 5:10 AM

Pelakon Kala Malam Bulan Mengambang, Sofi Jikan, ditahan polis ekoran laporan dibuat Datuk Farid Kamil Zahari beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata, Sofi ditahan kira-kira jam 11 malam tadi.

Ketika itu Sofi, 47, hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk memberi keterangan berhubung laporan dibuat Farid Kamil.

“Sofi disiasat kes terbabit di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya seperti dilapor The Star Online.

Kosmo! pula melaporkan polis menahan Sofi selepas dia didapati positif ganja.

Farid, 36, ditahan polis pada 11 Jan lalu di balai polis sama. Selepas direman pihak berkuasa kemudian mendakwa pelakon Legenda Budak Setan itu atas empat tuduhan.

Antaranya dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis dan orang awam.

Farid mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dakwa minuman dicemar

Pada 25 Jan pula Farid sekali lagi didakwa atas tuduhan membabitkan penyalahgunaan dadah.

Untuk rekod Sofi adalah antara rakan artis yang membuat kenyataan bersifat simpati kepada Farid ketika aktor terbabit ditahan polis baru-baru ini.

Sementara itu polis mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman Sofi selama tiga hari mulai hari ini.

Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan polis apabila dia didapati positif dadah jenis ganja.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hairol Azhar Mohd Ishak.

Terdahulu, Sofi Jikan berpakaian baju lokap tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira jam 9 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik reman kira-kira 30 minit kemudian.

Dia keluar diiringi anggota polis menjelang tengahari.

Farid pada 31 Jan lalu membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung penahanannya sebelum itu.

Antara lain Farid mendakwa ada tiga individu mencemarkan air minumannya dengan dadah hingga dia berkelakuan ganas pada 11 Jan lalu.

Ketiga-tiga rakan artis itu dipercayai seorang pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah mempopularkan genre R&B pada era 1990-an dan seorang aktor.

Pada hari sama, Farid juga turut menuduh dia diperlakukan dengan kekerasan oleh pihak polis semasa ditahan reman.

Lihat Komen
ADS