Kim dikecam kongsi gambar berahi dirakam anak
Nampaknya selebriti sensasi Kim Kardashian mengundang kontroversi lagi, kali ini dengan gambar tidak berbaju yang dirakam oleh anak perempuannya yang baru berusia empat tahun, North West.
Semalam, ibu kepada tiga anak itu dengan bangga berkongsi gambar tubuhnya dengan tali coli tidak berkancing buat tatapan pengikut instagramnya.
Gambar itu mengumpul lebih dua juta 'like' termasuk daripada ibunya sendiri Kriss Jenner, model dan aktres Emilu Ratajkowski dan pelakon terkenal Indonesia Luna Maya.
Namun gambar itu lebih mengundang kecaman pengikutnya yang rata-rata tidak setuju apabila anaknya yang masih mentah yang mengambil gambar sebegitu.
Mereka mempersoalkan naluri keibuan bintang TV realiti itu, dan menyifatkannya sebagai perbuatan kurang bijak.
"Nampaknya anak anda sekarang mengambil gambar provokatif anda untuk dikongsi (kepada umum)? Anda (sepatutnya) menjadi contoh yang baik kepadanya," kata pengguna akaun @Stacey_boombacy, seperti dipetik Daily Mail.

“Menggalakkan anak kamu mengambil gambar seperti ini untuk kamu? Menjijikkan,” kata pengguna akaun @pennylane0611.
Malah tindakan Kim itu juga tidak mendapat respon yang baik daripada peminatnya sendiri.
"Kim saya sangat meminati anda tetapi melibatkan North untuk ini adalah melampau," kata pengguna akaun fabulously_22.
Gambar ini mengingatkan peminat rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians kepada satu babak apabila ibunya, Kris, dilihat memberikan sekalung pujian kepada Kim ketika anaknya itu menjalani sesi penggambaran separuh bogel.
Pada tahun 2015, Kim mendakwa North yang ketika itu bermain telefon miliknya secara tidak sengaja memuat naik gambarnya berbikini di instagram.
North adalah anak sulungnya bersama suami iaitu penyanyi rap terkenal Kanye West.
Pasangan itu baru saja selamat menyambut kelahiran anak ketiga pada 15 Januari lalu, diberi nama Chicago dan dilahirkan melalui ibu tumpang.

