Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Ini peluang bertemu selebriti pujaan ketika pulang ke kampung halaman untuk Tahun Baru Cina.

Ini juga peluang anda memahami lebih lanjut tentang sistem percukaian negara kita.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini bekerjasama dengan artis untuk menggalakkan orang ramai membayar cukai pendapatan.

Dalam strategi terbaru, agensi Kementerian Kewangan itu akan bekerjasama dengan pelakon Fizz Fairuz dan Remy Ishak serta penyanyi Elizabeth Tan (bawah) dan Ippo Hafiz untuk sesi pertemuan di kawasan rehat dan rawat (R&R) di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

Acara “Berkongsi Kekayaan Negara” itu adalah sebahagian daripada usaha pendidikan LHDN dan cubaan mendekati orang awam secara lembut, menurut pegawai perhubungan awamnya Masrun Maslim.

“Sebab mengikut kajian kita, kalau kita sendiri yang beritahu, 'eh, bayarlah cukai, eh, hantarlah borang you, mereka agak sukar untuk terima dari pihak penguatkuasa.

“Ini sebabnya bila ada orang yang ada pengaruh (beritahu mereka), mereka akan lebih mudah ikut.

“jadi kita akui itu dab lebih baik kita bekerjasama dengan mereka yang ada pengaruh ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Masrun juga berkata mereka mahu mempamerkan imej mesra LHDB, sekali gus membuatkan orang ramai mematuhi sistem percukaian negara ini.

Esok, sesi itu akan berlangsung di Seremban (arah selatan) dan pada Rabu pula di R&R Tapah (arah utara).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS