Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Puntianak pun menjenguk di lokasi penggambaran filem
Diterbitkan:  Feb 13, 2018 6:08 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Di sebalik judul yang menyeramkan, kru serta pelakon yang terbabit dalam proses pembikinan filem The Legend of Pontianak rupa-rupanya pernah melalui sendiri pengalaman menakutkan.

Seorang daripada mereka adalah bintang utama filem itu, Nur Fazura.

Katanya penglibatan dalam filem berkenaan membawa dia melihat secara langsung rupa puntianak dengan mata kepalanya.

“Memandangkan kali pertama melihat perkara mistik sebegini memang menakutkan," katanya.

Menceritakan pengalaman seram itu Nur Fazura berkata ketika itu dia serta kru lain sedang makan.

“Puntianak itu berada jauh di belakang saya, mengenakan pakaian yang sama seperti saya.

"Rambutnya panjang dilepaskan ke depan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 34, itu meluahkan, bukan itu saja peristiwa aneh yang terjadi di sepanjang penggambaran filem berkenaan.

Fazura yang juga penyanyi itu berkata makhluk mistik berkenaan turut dirasakan memerhati mereka ketika penggambaran.

Namun katanya mereka bersyukur kerana ia tidak mengganggu.

Selain Fazura, pelakon gandingannya dalam The Legend of Pontianak, Remy Ishak, turut mengalami kejadian lebih kurang sama.

Remy juga pernah melihat puntianak dan aktor itu menciap mengenainya melalui Twitter pada 15 Jan lalu.

“Dalam penghayatan watak untuk filem baru judul puntianak tak ada benda baru dan best dalam hidup aku sekarang ini. Skrip ini buat aku jahanam.

“Semua tempat aku lihat ada kelibat dia sekarang. Allah hu Allah,” katanya.

Lihat Komen
ADS