Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak terkilan Azmil tak sempat lihat hari bahagianya
Diterbitkan:  Feb 15, 2018 12:32 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Berat mata memandang, berat lagi perasaan yang ditanggung anak kepada pelakon popular era 1980-an Azmil Mustapha, Nur Syamira apabila insan yang disayangi pergi buat selamanya.

Lebih menyedihkan buat Nur Syamira apabila bapanya itu tidak sempat melihatnya mendirikan rumah tangga beberapa bulan lagi.

“Saya sedikit terkilan kerana arwah tidak sempat terlibat dengan majlis pernikahan yang bakal berlangsung Julai hadapan.

"Tapi saya reda kerana Allah lebih menyayangi Baba,” katanya seperti dipetik Kosmo Online.

Syamira, 33, berkata beliau perasan dengan perubahan sikap Azmil beberapa hari sebelum pemergiannya ketika menghantar pesanan memaklumkan ingin bertemu dengannya.

“Biasanya Baba akan membalas okey sayang, kalau saya beritahu ingin berjumpa tetapi kali ini, dia hanya cakap InsyaAllah," katanya.

Mula terkenal pada era 1980-an, nama Azmil menjadi sebutan selepas membintangi filem Mekanik (1983) dan tentunya Ali Setan (1985).

Selepas bersara daripada dunia lakonan, allayarham banyak meluangkan masa mendalami ilmu agama dan malah sering dijemput berceramah di masjid dan surau.

Dia meninggal dunia kira-kira jam 12.40 tengah hari semalam di kediamannya di Seksyen 9 Shah Alam akibat komplikasi jantung.
 

Lihat Komen
ADS