Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aksi rimau kumbang catat rekod baru
Diterbitkan:  Feb 19, 2018 1:28 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

Black Panther yang merupakan filem Marvel pertama diarahkan pengarah Afrika-Amerika, Black Panther dianggarkan berjaya mengutip AS$192 juta (RM746.5 juta) dalam tempoh tiga hari sejak ditayangkan 16 Feb lalu di Amerika Utara.

Rekod itu mencatatkan kutipan kelima paling tinggi dalam sejarah penerbitan filem.

Filem dibarisi aktor Chadwick Boseman dan Michael B Jordan itu bukan saja melepasi ramalan awal sebanyak AS$170 juta (RM661 juta), ia turut memecahkan beberapa rekod box office pernah dicapai filem lain.

Ia juga mengatasi rekod pembukaan paling besar untuk pengarah Afrika-Amerika yang sebelum ini menjadi milik F Gary Gray untuk filem The Fate of the Furious atau Fast & Furious 8 dengan jumlah AS$98 juta (RM381 juta) April tahun lalu.

Disney turut menganggarkan filem berkenaan akan mengutip AS$218 juta (RM781.5 juta) dari panggung wayang tempatan sepanjang tempoh empat hari cuti.

Manakala filem berkenaan membawa pulang AS$361 juta (RM1.4 bilion) melalui pembukaan di seluruh dunia, lapor CNN.

Black Panther turut memecahkan rekod pembukaan bulan Feb yang diduduki Deadpool - filem adiwira dengan klasifikasi R terbitan 20th Century Fox - yang membawa pulang pendapatan AS$132 juta (RM513.2 juta) semasa pembukaan filem itu pada 2016.

Ia merupakan pembukaan kedua terbesar bagi filem Marvel Studios, yang berada di belakang The Avengers yang diterbitkan pada 2012.

Ia juga melangkaui hits besar lain seperti Avengers: Age of Ultron, Captain America: Civil War dan Iron Man 3.

Rekod pecah panggung untuk minggu itu dicapai Black Panther mampu memberikan perubahan besar dalam industri dengan menggalakkan kepelbagaian di depan dan belakang kamera.

Menurut penganalisis media kanan comScore, Paul Dergarabedian, Black Panther membawa perubahan penting.

Black Panther melebihi jangkaan box office yang paling hebat dan pada masa sama memecahkan halangan yang wujud dalam sinematik.

“Ia juga menandakan titik perubahan dalam evolusi genre,” katanya.

Filem yang turut dijayakan aktres yang pernah menggondol beberapa Anugerah Akademi (Oscar) Lupita Nyong’o itu mendapat A+ dari penonton di CinemaScore.

Ia juga hampir meraih markah sempurna dari ulasan dari laman sesawang Rotten Tomatoes. Ini menandakan Black Panther mendapat ulasan terbaik dari filem adiwira lain di sepanjang masa.

Lihat Komen
ADS