Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan keputusan mahkamah sesyen dalam membenarkan tuntutan artis popular Vanida Imran sebanyak RM265,000 ke atas sebuah syarikat pembuat barangan kecantikan.

Ini berikutan Pesuruhjaya Kehakiman Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata mahkamah tinggi terpaksa menerima pakai keputusan mahkamah rayuan yang mewajibkan syarikat  memaklumkan kepada Vanida apabila syarikat itu hendak mengadakan sesi penggambaran.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati syarikat itu tidak memberi jadual penggambaran tersebut seperti dikehendaki.

Wan Ahmad Farid berkata, dengan ini, mahkamah mengekalkan keputusan mahkamah sesyen.

Beliau bagaimanapun tidak mengarahkan syarikat Miliyasutra Industries Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk kecantikan Ronasutra membayar kos.

Pada 23 Mei tahun lalu, hakim mahkamah sesyen Roszianayati Ahmad mengarahkan syarikat itu membayar jumlah tersebut sebagai baki kontrak syarikat itu kepada Vanida.

Roszianayati membenarkan tuntutan Vanida ke atas perjanjian (talent agreement) yang ditandatanganinya dengan syarikat tersebut pada 2012.

Kontrak itu sepatutnya berlangsung selama dua tahun.

Roszianayati bagaimanapun tidak membenarkan tuntutan pelakon itu mendapatkan untuk ganti rugi am, teladan dan pampasan teruk serta ganti rugi RM500,000 kerana menggunakan imejnya pada produk terbabit.

Hakim sesyen juga memerintahkan Miliyasutra Industries membayar kos sebanyak RM10,950.

Peguam Mohd Saiful Dzulhelmi Zulkifli mewakili Vanida manakala Millyasutera Industries diwakili Phang Soon Mun.

Lihat Komen
ADS