Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Kalau dah tak suka tak payah tengok'
Diterbitkan:  Feb 19, 2018 5:23 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Secara terbuka pasangang pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sering mempamerkan kemesraan mereka di Facebook, Instargam dan Twitter.

Di sebalik pemuji dan penggemar ada sesetengah orang pula meninggalkan komen negatif buat pasangan yang baru mendirikan rumahtangga itu .

Justeru komen negatif itu membuatkan Fattah tertanya-tanya mengapa masih ada 'pembenci' yang tetap sibuk mengambil tahu mengenai hal rumahtangganya.

"Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih mahu melihat gambar atau video kami.

"Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, mengapa membazirkan masa untuk tengok?" katanya seperti dilaporkan portal BH Online.

Mengulas mengenai tawaran berlakon yang dikatakan kini berkurangan Fattah berkata ia adalah ketentuan Allah dan enggan mengulas lebih lanjut.

"Rezeki terbahagi kepada pelbagai cara, mungkin ia beri dalam cabang berbeza," katanya.

Menurut Fattah walaupun rezekinya dalam bidang lakonan kini mungkin berkurangan, dia mengeluarkan produk makanan gantian iaitu MRP Diet By Fattah Amin sejak enam bulan lalu.

Fattah berkata, pengeluaran produk tersebut dapat membantu masyarakat yang mempunyai masalah obesiti supaya mempunyai sifat keprihatinan terhadap soal kesihatan diri sendiri.

Beliau juga mahu mengajak peminat mengamalkan kehidupan yang sihat.

"Saya berniaga bukan kerana mahu memperlahankan kegiatan seni. Kalau boleh, biarlah kedua-dua bidang ini seimbang," katanya.

Lihat Komen
ADS