Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
'Kalau anak orang lain, apa jadah lama dalam perut'
Diterbitkan:  Feb 23, 2018 1:35 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Difitnah pernah menjalin hubungan hingga melahirkan anak luar nikah dengan Amar Baharin, pelakon Izreen Azminda menegaskan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyebar cerita berkenaan.

Aktres itu naik berang selepas Muhammad Adrian Umar, 4, anak dilahirkan hasil perkongsian hidup dengan bekas suami pertama dikatakan memiliki wajah mirip Amar.

“Saya diam agak lama eh. Ada juga yang nak kena tindakan ni! Jangan ingat saya diam saya tak ambil peduli.

“Nampak sangat hati awak tu busuk sampai pengikut awak sendiri yang hantar gambar ni dekat saya! tunggu ehhhh!,” kata pemilik nama penuh Izreen Azminda Aznam itu melalui akaun Instagram miliknya.

Amaran itu dikeluarkan Izreen selepas sebuah akaun Instagram menggabungkan imej wajah anaknya dengan anak Amar dan aktres Amyra Rosli.

Akaun terbabit mendakwa kedua-dua anak mereka ketika bayi memiliki wajah seiras kerana datang daripada hasil DNA yang sama.

Izreen pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan Amar, namun hubungan itu tidak kesampaian.

Pelakon itu bernikah dengan juru kamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 tetapi bercerai dua tahun kemudian.

Dia kemudian bernikah kali kedua dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih mesra dipanggil Ude sebagai isteri kedua tahun lalu.

Pada 2016, pelakon itu membuat kenyataan tidak mahu mendoakan perkahwinan Amar dengan Amyra, selain enggan digandingkan bersama dalam mana-mana projek drama atau filem.

Izreen 32, bagaimanapun menegaskan Muhammad Adrian tidak mempunyai pertalian darah dengan Amar sebaliknya anak sah hasil perkahwinan pertama.

“Kalau anak orang lain apa jadahnya (mengandungkan) bertahun-tahun dalam perut," katanya.

Kata Izreen, dia bersedia menerima segala tohmahan sekiranya ada pihak tidak berpuas hati dengan dirinya tetapi adalah tidak wajar membabitkan anaknya yang dianggap tidak berdosa itu.

“Hidup tu jangan biadap! Tak ada life ke? Sampai anak saya awak nak babitkan!

“Nak mengata saya pun mengata dan tabur dosa dekat saya jelah. Yang nak babitkan anak Amar dan anak saya yang tak berdosa ni dah kenapa?” katanya.

 

Lihat Komen
ADS